速報APP / 教育 / Cerita Rakyat Nusantara

Cerita Rakyat Nusantara

價格:免費

檔案大小:989 MB

版本需求:需要 iOS 5.1.1 或以上版本。與 iPhone、iPad 及 iPod touch 相容。

支援語言:英語

Cerita Rakyat Nusantara(圖1)-速報App

Cerita Rakyat Nusantara ini merupakan kumpulan 6 cerita sastera lisan yang terdapat di rantau ini. MLCS membina Apps berbentuk buku elektronik untuk menggalakkan murid membaca dengan cara yang menyeronokkan di samping menerapkan nilai murni.

Setiap cerita mempunyai tiga bahagian.

1. Dengar Cerita - murid dapat mendengar cerita yang dibacakan pencerita.

Cerita Rakyat Nusantara(圖2)-速報App

2. Bacaan Saya - murid dapat merakam bacaan mereka dan mendengar bacaan yang telah dirakamkan..

3. Bacakan Saya - murid dapat membaca bersama-sama pencerita.

Terdapat juga tiga aktiviti pascabacaan, iaitu

Cerita Rakyat Nusantara(圖3)-速報App

1. Membaca pantun dua kerat yang berkaitan dengan cerita yang telah dibaca.

2. Permainan kosa kata merupakan latihan mengeja. Kosa kata yang dipilih terdapat dalam teks cerita.

3. Soalan-soalan kefahaman mudah disediakan untuk memantau pemahaman murid tentang cerita yang telah dibaca.

Cerita Rakyat Nusantara(圖4)-速報App

Apps ini dibina untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid agar sastera kita akan terus dilestarikan. Apps ini boleh digunakan oleh murid, guru mahupun ibu bapa sebagai bahan menyokong pembelajaran membaca.

Guru dapat mempelbagaikan penggunaan bahan ini mengikut profil dan keperluan murid masing-masing. Apps ini dapat dijadikan bahan pengayaan, pengukuhan dan juga pemulihan bagi menyokong pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan di bilik darjah.

Cerita Rakyat Nusantara(圖5)-速報App

支援平台:iPhone, iPad